Pengunjung

Sunday 12 July 2015

Hadis (Ihsan) 1: Amal Berdasarkan Niat

Daripada Umar bin Al-Khattab r.a berkata: bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat dan sesungguhnya bagi setiap orang itu apa yang diniatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia yang dia mahu cari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ingin ditujunya.

( Hadis Riwayat Imam Bukhari: Hadis no:1)

Periwayat lain:

( Sunan Abu Daud: No 1882)
( Sunan Ibn Majah: No 4217)   

Kelebihan Hadis 

( Menurut Imam Abu Daud):

" Sesungguhnya hadis ini iaitu hadis bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat adalah separuh daripada Islam, kerana ad-din (agama) itu dua perkara, sama ada ianya perkara zahir iaitu amalan ataupun yang batin iaitu niat"

(Menurut Imam Ahmad dan Imam Syafie):

" Didalam hadis ini mengandungi satu pertiga ilmu. Ini kerana, usaha seseorang itu adalah samada dengan hati, lidah atau anggota tubuh badannya"

No comments:

Post a Comment