Pengunjung

Tuesday, 30 June 2015

Nukilan Sang Perindu ; Fiqh: Puasa (Bahagian 1)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera diucapkan kepada sahabat, rakan dan semua yang melihat artikel ini. Moga Allah melimpahkan segala rahmat dan redha-Nya yang tidak terhingga kepada kalian semua. Oleh kerana sekarang kita semua berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh berkah ini maka penulis yang faqir wa haqir ini ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang Puasa dari awal hingga akhir. Ia penulis sedar sekarang sudah masuk pertengahan Ramadhan tetapi ilmu itu berpanjangan hingga ke liang lahad. 


Nampak liang lahad? Sahaja penulis letak gambar agar rasa kita sebagai manusia ini hidup sementara sahaja. Akhirnya kesana jua tetapi jangan haraplah permandangan boleh nampak langit seperti dalam gambar ye. Nak tahu boleh cuba masuk sendiri.

Kembali kepada perbincangan tentang puasa. Semua sedia maklum tentang puasa ialah menahan lapar dan dahaga secara umumnya tapi tahukah kalian semua puasa ini menurut bahasa beerti menahan daripada sesuatu samada kata-kata ataupun makan. Dalil boleh dilihat didalam Firman Allah:



"Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".

( Surah Maryam: 19: 26 )

Puasa menurut Istilah (syarak) pula beerti menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Jadi untuk permulaan dapat difahami bahawa puasa ini adalah menahan sesuatu dari kebiasaan diri kita, puasa makan, puasa bekerja, puasa berjalan, puasa bercakap dan sebagainya. Harus juga ditekankan disini bahawa puasa di bulan Ramadhan itu bukan semata-mata menahan lapar jua dahaga tetapi ianya adalah menahan segala setiap segi bentuk keinginan nafsu didalam dunia dan diri kita. Wallahu'alam. Bersambung dengan DALIL PENSYARIATAN PUASA. insyAllah.


Nukilan Sang Perindu: Diam.

Diam,
Didalamnya tersimpan seribu misteri,
seribu perkataan, seribu ungkapan.

Diam,
Bukan mudah untuk mencapai,
maqamnya,
amalnya,
zuhudnya,
qiamnya.

Diam,
Terpatri sejak dahulu kala,
rentetan sunnah yang tidak mati,
kekal abadi.... DIAM

#Insan Mujadid

Monday, 29 June 2015

Nukilan Sang Perindu-Mu

Tuhan,
Bisakah aku ini hadir didalam cinta-Mu,
Bisakah aku mencicip iradah maghfirah-Mu,
Bisakah aku sentiasa merasa akan redha-Mu.

Ya Rabb,
Andai ada insan berdiri ini,
yang rindu kepada-Mu,
yang merintih memikirkan-Mu,
Tunjukkanlah jalan,
hadirkanlah iman,
amal bertaut,
tautan mahabbah.

Allah,
Biarlah insan ini bertaqarub,
biarlah hinannya ini berzuhud,
tidak pernah sesekali,
hati ini lupa siapa Hu.

#Insan Mujadid